Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu
Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu

Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu

Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu (Inggeris: Integrated Taxonomic Information System; kependekannya: ITIS) merupakan perkongsian yang dibina bagi menyediakan maklumat taksonomi spesies biologi yang konsisten dan boleh dipercayai.[1] Ditubuhkan pada tahun 1996, ITIS pada asalnya berfungsi sebagai sebuah kumpulan antara agensi dibawah kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Kini, agensi tersebut menjadi sebuah badan antarabangsa yang turut disertai oleh agensi-agensi kerajaan dari negara Kanada dan Mexico. Pangkalan data agensi ini diambil daripada pakar-pakar taksonomi. Fokus ITIS lebih tertumpu kepada spesies yang terdapat di benua Amerika Utara tetapi banyak kumpulan dari seluruh dunia dan ITIS menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan liputan globalnya.[2]

Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu

Diasaskan 1996
Asal  Amerika Syarikat
Kawasan berkhidmat Seluruh dunia
Laman sesawang www.itis.gov/index.html
Jenis Pangkalan data taksonomi spesies biologi